BAB 7 ASID BES DAN GARAM


1. Asid ialah bahan kimia yang menghasikan ion Hidrogen / ion Hidroksonium yang bebas bergerak apabila dilarutkan dalam air.

2. Bes ialah bahan kimia yang dapat bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.

3. Alkali ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidroksida yang bebas bergerak apabila dilarutkan dalam air. Semua alkali ialah bes ttp bukan semua bes merupakan alkali kerana kebanyakan bes tidak larut dalam air.

4. Asid dan alkali hanya akan menunjukkan sifat kimianya apabila dilarutkan dalam air kerana asid dan alkali hanya akan terion untuk menghasilkan ion Hidrogen dan ion hidroksida yang bebas bergerak.

5. Sekiranya asid dan alkali dalam keadaan pepejal ataupun dilarutkan dalam pelarut organik, asid dan alkali tidak menunjukkan sebarang sifat kimianya kerana asid dan alkali berada dalam bentuk molekul.

6. Kebesan asid: 
Asid monobes ialah asid yang memerlukan 1 molnya utk secukup-cukup bertindak balas dengan satu mol bes.
Asid dwibes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup bertindak balas dengan 2 mol bes.
Asid tribes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup bertindakbalas dengan 3 mol bes.

7. Asid kuat ialah asid yang bercerai dengan lengkap dalam air, mempunyai darjah penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang tinggi apabila dilarutkan dalam air.

8. Asid lemah ialah asid yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah penceraian yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang rendah apabila dilarutkan dalam air.

9. Alkali kuat ialah alkali yang bercerai dengan lengkap dalam air , mempunyai darjah penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidroksida yang tinggi apabila dilarutkan dalam air.


10. Alkali lemah ialah alkali yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah penceraian yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang rendah apabila dilarutkan dalam air.

11.

12. Larutan ialah satu campuran yang terbentuk apabila satu zat terlarut dilarutkan dalam satu pelarut.

13. Kepekatan susuatu zat terlarut ialah satu ukuran tentang kuantiti zat terlarut yang terlarut dalam satu kuantit pelarut tertentu.

14. Kemolaran ialah satu unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol zat terlarut dalam 1 dm(-3) larutan.

15.

16. Peneutralan ialah suatu tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam dan air. Peneutralan antara asid kuat dengan alkali kuat merupakan satu tindak balas antara yang melibatkan perpaduan antara ion H+ daripada asid dan ion OH- daripada alkali untuk menghasilkan satu mol molekul air.

17. Pentitratan asid-bes ialah satu kaedah analisis kualitatif untuk menentukan isipadu asid yang diperlukan dgn tepat untuk meneutralkan satu alkali yang mempunyai isipadu tertentu dengan bantuan satu penunjuk yang sesuai.

18. Garam merupakan sebatian ion yang terhasil apabila ion Hidrogen di dalam sesuatu asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium.

19.

20. Garam terlarutkan dapat disediakan melalui tindak balas:
Ant asid dgn alkali →    garam dan air
Ant asid dgn oksida bes →    garam dan air
Ant asid dgn logam →    garam dan gas hidrogen
Ant asid dgn logam karbonat →   garam, gas karbon dioksida dan air.

21. Garam tak terlarutkan dapat disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak balas penguraian ganda dua. Tindak balas penguraian ganda dua ialah tindak balas yang dapat diwakili oleh XY + AB → XB + AY di mana X dan A ialah radikal logam manakala Y dan B ialah radikal asid. Tindak balas ini berlaku secara saling menukarkan radikalnya untuk membentuk dua sebatian baru.

22. Sifat fizik hablur ialah:
Mempunyai bentuk geometri tertentu
Mempunyai permukaan rata, sisi lurus dan bucu tajam
Sudut antara dua permukaan bersebelahan adalah tetap
Rupa bentuk hablur sesuatu bahan adalah sentiasa tetap

23.

24.

25.

26. Semua garam sulfat tidak dapat diuraikan oleh haba kecuali Ferum(II)Sulfat, Zink Sulfat, Kuprum(II)Sulfat dan Ferum (III)Sulfat. Masing-masing akan membebaskan gas sulfur trioksida dan oksida logamnya.

27 Semua garam klorida tidak terurai oleh haba kecuali ammonia klorida. Hasilnya ialah gas ammonia dan gas HCl.

28. Pengesahan anion klorida :
Menggunakan bahan HNO3 cair, AgNO3
Hasilnya ialah mendakan putih yang larut dlm NH3 berlebihan

29. Pengesahan anion sulfat:
Menggunakan bahan HNO3, BaNO3
Hasilnya ialah mendakan putih yg tdk larut dalam asid yg berlebihan

30. Pengesahan anion nitrat:
Ujian cincin perang digunakan
Bahan yang digunakan ialah H2SO4 cair, FeSO4 dan H2SO4 pekat
Cincin yang berwarna perang akan terhasil.

31. Pengesahan kation dengan menggunakan larutan NaOH
ZAP larut dalam berlebihan 
Ca dan Mg tidak larut dalam berlebihan

32. Pengesahan kation dengan menggunakan laruan ammonia akueus:
MAP tidak larut dalam berlebihan
Zn sangat larut dlm berlebihan
Ca tiada tindak balas.

33. Pengesahan ferum(II):
Kalium Heksasianoferat(II)→ mendakan biru muda
Kalium Heksasianoferat (III)→ mendakan biru tua
Kalium tiosionat→mendakan merah pudar
Kalium manganat(VII)→warna ungu turluntur

34. Pengesahan ferum(III):
Kalium Heksasianoferat(II)→ mendakan biru tua
Kalium Heksasianoferat (III)→ mendakan perang kehijauan
Kalium tiosionat→mendakan merah darah

35. Pengesahan ion Plumbum:
Dengan larutan ion Cl: mendakan putih larut dalam air panas
Dengan larutan ion Iodida: mendakan kuning larut dalam air panas

36. Pengesahan Ammonium:
Sebarang ujian yang menghasilkan gas ammonia
Dengan ujian Nessler iaitu merkuri(II)iodida, mendakan perang akan terbentuk.

37. Pengesahan dengan Natrium Sulfat:
Mendakan putih terbentuk dengan cepat→ion Plumbum
Mendakan putih terbentuk dengan lama→ ion kalsium

5 comments:

Terima kasih sangat membantu

Sunday, October 13, 2019 comment-delete

terima kasih banyak banyak..... ia sngt membantu

Sunday, November 22, 2020 comment-delete

terima kasih sangat membantu

Sunday, November 29, 2020 comment-delete

terima kasih... sangat berguna...

L
Thursday, December 31, 2020 comment-delete

Terima kasih cg

Saturday, March 05, 2022 comment-delete