BAB 3 FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA


1. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala hidrogen) ialah bilangan kali jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada jisim satu atom unsur Hidrogen. Jisim satu atom unsur Hidrogen dianggap sebagai satu dan digunakan sebagai piawai.

2. Keburukan penggunaan skala Hidrogen ialah :
Bukan semua bahan dapat berpadu dgn Hidrogen atau menyesarkan Hidrogen
Jisim beberapa unsur tidak tepat
Jisim atom Hidrogen sukar untuk diukur kerana berada dalam bentuk gas.

3. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala Karbon-12) ialah bilangan kali jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom Karbon-12. Jisim satu atom Karbon-12 dianggap sebagai 12.000 dan digunakan sebagai piawai.

4. 1 mol bersamaan dengan 6.02 x 1023 bilangan zarah. No avagrado ialah 6.02 x 1023.

5. 

6. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah palng ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu sebatian.

7. Formula mlekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul bahan itu.

8. Penentuan formula kimia melalui jadual. Jadual itu harus mengandungi unsur, jisim bilangan mol atom dan nisbah mol paling ringkas. 

0 comments: