BAB 12 TERMOKIMIA


1. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran.


2. Tindak balas endotermik ialah tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran.

3. Kebanyakan tindak balas ialah tindak balas eksotermik. Hanya sebilangan tindak balas yang merupakan tindak balas endotermik iaitu:
Penguraian terma garam karbonat
Penguraian terma garam nitrat
Pemanasan garam terhidrat
Tindak balas ant asid dgn hidrogen karbonat
Pemelarutan pepejal garam dan t / b perubahan keadaan fizik yang berkaitan.

4. Perubahan tenaga haba dalam t / b eksotermik ialah negetif manakala t / b endotermik pula ialah positif.

5. Gambar rajah aras tenaga ialah graf yang menunjukkan aras kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas. Nilai delta H adalah dalam unit KJ mol(-1).

6. Keadaan piawai untuk tindak balas ialah:
Suhu=25°C / 298 K
Tekanan=1atm
Kepekatan larutan=1 mol dm(-3)
Bahan t / b mesti berada pada keadaan fizik yg biasa pd suhu dan tekanan bilik

7. Perubahan haba = mcӨ. Hada tindak balas ialah (mcӨ / bilangan mol bahan yang digunakan.)

8. Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku  apabila 1 mol bahan mendakan terbentuk daripada tindak balas ionnya pada keadaan piawai.

9. Langkah-langkah untuk eksp utk haba pemendakan argentum nitrat:
Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit.
Larutan haruslah dituang dgn seberapa cepat dan cermat yang boleh umtuk mengelakkan kehilangan haba ke sekeliling dan elakkan tumpahan
Campuran dalam larutan haruslah sentiasa dikacau spy suhu larutan sekata
Bacaan termometer diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai dicatatkan.

10. Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai oleh logam yang lebih reaktif.

11. Langkah berjaga-jaga untuk eksp utk haba penyesaran kuprum:
Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit.
Suhu akhir yang dicatatkan mestilah suhu yang tertinggi yang dicapai oleh larutan campuran
Serbuk logam digunakan dan bukan ketulan logam digunakan unutk mengelakkan haba hilang ke sekeliling.

12. Haba peneutralan ialah perubahan yang berlaku apabila 1 mol ion H(+) daripada asid bergabung dengan 1 mol ion hidroksida untuk membentuk 1 mol air pada keadaan piawai.

13. Haba yang dibebaskan akan dipengaruhi oleh kepekatan asid dan alkali, kuantiti asid dan alkali yang digunakan dan kekuatan asid dan alkali.

14. Haba peneutralan antara asid kuat dgn alkali kuat ialah -57Kjmol(-1) tetapi haba peneutralan ant asid lemah dgn alkali kuat adalah kurang drpd -57Kjmol(-1) kerana sebahagian haba peneutralan yang dibebaskan telah diserap semula unutk memutuskan ikatan ant molekul asid lemah yang tdk terion itu.

15. Langkah berjaga-jaga untuk eksp haba peneutralan ialah:
Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit
Larutan dituang dgn seberapa cepat dan cermat yang boleh untuk mengelakkan kehilangan haba ke sekeliling dan mengelakkan tumpahan
Campuran larutan haruslah sentiasa dikacau spy suhu adalah sekata
Bacaan termometer diperhatikan sepanjang masa spy suhu tertinggi yang tercapai dicatatkan.

16. Hanya perubahan kepekatan sahaja akan mengubah perubahan suhu. Perubahan isipadu tidak akan mengubah perubahan suhu.

17. Asid dwibes akan membebaskan 2(57kJmol) haba manala asid tribes pula akan membebaskan 3(57kJmol)haba.

18. Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen pada keadaan piawai.

19. Pembakaran alkohol : nilai haba pembakaran akan bertambah apabila bilangan karbon dan hidrogen bertambah dalam alkohol yang dibakar.

20. Langkah berjaga-jaga utk eksp haba pembakaran:
Bekas logam yang berdinding nipis digunakan krn merupakan konduktor haba yang baik.
Bekas logam tidak dialaskan dengan kasa dawai utk mengelakkan penyerapan haba oleh kasa dawai
Kedudukan pelita diselaraskan supaya nyalaan dapat sampai ke dasar bekas kuprum
Jangan mendedahkan alkohol pada api krn alkohol mudah meruap.
Pelita dan kandungannya ditimbang secepat mungkin untuk mengelakkan pengurangan jisim melalui penyejatan
Air dalam bekas logam sentiasa dikacau untuk memastikan pemanasan air adalah sekata.
Pengadang angin digunakan utk melindungi myalaan daripada tiupan angin.

21. Bahan api ialah bahan yang dapat dibakar untuk menghasilkan tenaga haba.

22. Nilai bahan api ialah kuantiti haba yang dibebaskan daripada pembakaran lengkap 1g bahan api.



1 comments:

THANK U

Tuesday, November 29, 2016 comment-delete