BAB 11 PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN


1. Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan proses penurunan yang berlaku secara serentak.

2. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami penambahan oksigen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami pengurangan oksigen.

3. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan mengalami kehilangan hidrogen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami penambahan hidrogen.

4. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan elektron. Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami pertambahan elektron.

5. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami pertambahan nombor pengoksidaan. Penurunan ialah suatu tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami pengurangan nombor pengoksidaaan.

6. Bahan yang mengalami proses pengoksidaan merupakan agen penurunan manakala bahan yang mengalami proses penurunan merupakan agen pengoksidaan.

7. Nombor pengoksidaan sesuatu unsur dalam suatu sebatian ialah cas yang diperoleh oleh unsur itu apabila unsur itu wujud sebagai ion dalam sebatian tersebut dengan membuat anggapan bahawa semua ikatan yang wujud dalam sebatian tersebut tidak kira sebatian ion atau sebatian kovalen merupakan ikatan ion.

8. Ion ferum(II) akan doksidakan kepada ion ferum(III) apabila dicampurkan dengan air(Br,Cl atau I). Ion ferum(III) pula akan ditukarkan kepada ion ferum(II) oleh logam zink dan logam magnesium.

9. Air (Cl, Br dan I) bertindak sebagai agen pengoksidaan dan mengalami penurunan. Ion ferum(II) pula akan mengalami pengoksidaan dan merupakan agen penurunan.

10. Logam Zink dan Magnesium pula mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen penurunan. Ion ferum(III) pula akan mengalami penurunan dan bertindak sebagai agen pengoksidaan.

11. Agen pengoksidaan : Kalium Manganat(VII), Kalium Dikromat(VI), Hidrogen Peroksida dan Asid Nitrik Pekat.

12. Tindak balas penyesaran juga merupakan salah satu tindak balas redoks. Logam yang berada lebih tinggi dalam SEK akan menyesarkan logam yang berada di bawahnya. Logam yang lebih tinggi akan mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen penurunan. Halogen yang lebih tinggi akan menyesarkan halogen yang berada di bawahnya daripada larutan halidanya.

13. Warna halogen dalam:


14. Apabila sesuatu bahan mengalami pengoksidaan, bahan itu bertindak sebagai agen penurunan, merupakan anod dan merupakan terminal negatif sel.

15. Apabila sesuatu bahan mengalami penurunan, bahan itu bertindak sebagai agen pengoksidaan, merupakan katod dan merupakan terminal positif sel..

16. Tindak balas redoks juga melibatkan pemindahan elektron pada satu jarak jauh haruslah menggunakan elektrolit yang berupa asid sulfurik cair. Asid sulfurik cair berfungsi untuk memisahkan dua larutan dan membenarkan ion-ion mengalir untuk melengkapkan litar.

17. Tindak balas redoks dapat berlaku dalam keadaan agen pengoksidaan bersentuhan atau tidak bersentuhan.

18. Kakisan logam ialah satu tindak balas redoks di mana logam itu dioksidakan secara spontan melalui kehilangan elektron untuk membentuk ion-ion logam.

19. Logam kalium dan natrium mudah terkakis. Logam yang berada lebih atas dalam SEK lebih mudah terkakisan daripada logam di bawahnya. Bermula daripada logam kuprum dan seterusnya adalah tahan kakis.

20. Logam aluminium, zink, kromium dan nikel tidak akan trkakis kerana lapisan oksida pada permukaan logam ini yang bersifat keras, sukar retak dan tidak telap air dapat melindunginya daripada kakisan yang berterusan.

21. Pengaratan besi merupakan satu tindak balas redoks yang akan mengalami 
→proses pengoksidaan di permukaan besi yang bersentuhan dengan air
Logam ferum akan dioksidakan kpd ion ferum(II)+
→proses penurunan berlaku di sisi titisan air 
Oksigen berpadu dengan air untukmenghasilkan ion OH(-)
→ion OH dan Ferum(II) akan berpadu utk menghasilkan ferum(II)hidroksida[Fe(OH)(2)]
→Ferum(II)hidrksida pula akan teroksida kepada Ferum(III)oksida
terhidrat [Fe(2)O(3).2H2O]. benda ini berwarna perang dan merupakan karat.

22. Pengaratan besi akan dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid dan larutan garam. Pengaratan juga akan bertambah cepat apabila bersama-sama dgn logam yang kurang elektropositif.

23. Pengaratan besi dapat diperlahankan apabila bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif, disadur atau disalut dengan selapisan logam yang lebih elektropositif daripada besi.

24. Pengaratan juga dapat dihalang sekiranya lapisan permukaan besi dapat dihalang daripada bersentuhan dengan air dan oksigen. Oleh itu, besi dapat dicegah daripada berkarat dengan menyapu cat, gris/minyak dan disalut dengan plastik.

25. Pengaratan besi akan menghasilkan ion OH yang menunjukkan sifat alkali. Jadi penunjuk fenolfalein digunakan untuk mengesan kehadiran ion OH.
26. Selain itu, kalium heksasianoferat(II) dan kalium heksasianoferat(III) juga digunakan untuk mengesan kehadiran ion Ferum(II). Bagi Kalium heksasianoferat(II), mendakan biru muda akan terbentuk dan bagi kalium heksasianoferat(III), mendakan biru tua akan terhasil sekiranya ion ferum(II) hadir.

27. Apabila logam bertindak balas dengan oksigen utk membentuk oksida logam, tindak balas redoks berlaku.

28. Semakin reaktif sesuatu logam terhadap oksigen semakin terang dan cepat pembakaran logam yang berlaku.

29. Pemanasan kalium manganat(VII), campuran kalium klorat(V) dengan mangan(IV) oksida, dan pemanasan kalium nitrat akan menghasilkan oksigen untuk tindak balas pembakaran logam.

30. Sekiranya logam dapat menyingkirkan oksigen daripada karbon dioksida untuk membentuk oksida logam dan karbon , logam itu lebih reaktif daripada karbon. Sebaliknya logam itu adalah kurang reaktif daripada karbon.

31. Sekiranya karbon dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk membentuk karbon dioksida dan logam maka karbon lebih reaktif daripada logam itu. Sebaliknya karbon adalah kurang reaktif daripada logam itu.

32. Sekiranya hidrogen dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk membentuk logam dan air, hidrogen adalah lebih reaktif daripada logam itu. Sebaliknya hidrogen adalah kurang reaktif daripada logam itu.

33. Gas hidrogen dapat dihasilkan melalui tindak balas antara asid HCl dengan logam Zn dan dimangkinkan oleh Kuprum(II) Sulfat. Gas hidrogen dikeringkan dengan mengalirkan Hidrogen melalui Kalsium Klorida kontang.

34. Susunan siri kereaktifan logam:
        K, Na, Ca, Mg, Al, C, Zn, H, Fe, Sn, Pb, Cu, Hg, Ag, Au

35. Pengekstrakan besi daripada bijihnya:
Bijihnya ialah hematit(Fe2O3) dan magnetit(Fe3O4)
Bijih besi + arang kok + Kalsium karbonat dimasukkan ke dalam relau bagas
Kalsium karbonat akan diuraikan oleh haba kpd kalsium oksida dan CO2
Arang kok juga akan terbakar menghasilkan CO2
Arang kok dan karbon monoksida akan menurunkan bijih besi kepada leburan besi yang tenggelam di bawah relau
Kalsium oksida akan terapung di atas leburan besi dan bergabung dgn pasir untukmenjadi sanga.
Lebuaran besi pula akan disejukkan menjadi besi tuangan.
Leburan besi ini juga akan dimasukkan ke dalam relau oksigen untuk manghasilkan besi tulen, keluli atau besi tuangan.

36. Pengekstrakan timah daripada bijihnya:
Bijihnya ialah kasiterit(SnO2)
Bijih kasiterit terlebih dahulu akan melalui cara apungan
Di sini bijih timah akan dihancurkan dan digoncang dgn air berminyak.
Timah akan melekat pada minyak dan terapung pada permukaan air
Bijih timah kemudian akan dipanggang untuk mengeluarkan benda asing spt sulfur,minyak dan karbon.
Akhirnya bijih timah akan dicampur dgn arang kok dan dimasukkan ke dalam relau bagas.
Bijih timah akan diturunkan kepada timah oleh agen penurunan CO dan karbon.
Jongkong timah akan dihasilkan.

5 comments:

Sangat membantu saya. Terima kasih :)

Saturday, January 28, 2017 comment-delete

Tak to long pun

Saturday, August 11, 2018 comment-delete

Sangat membantu.
Kefahaman saya bertambah. Terima kasih

Thursday, October 25, 2018 comment-delete

This comment has been removed by the author.

Saturday, September 07, 2019 comment-delete

ty so much~ <3 <3

Saturday, September 07, 2019 comment-delete