BAB 2 STRUKTUR ATOM


1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2. Unsur ialah bahan kimia yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya mungkin ialah atom atau molekul.

3. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau ion.

4. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.

5. Molekul ialah zarah nuetral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia.

6. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri daripada satu / beberapa atom yang bercas.

7. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit iaitu zarah yang sangat kecil dan wujud secara berasingan.

8. Teori kenetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang diskrit dan sentiasa bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran antara satu sama lain.

9. Saiz satu zarah minyak adalah lebih kurang 10^-9m atau 10^-7m. Beberapa anggapan perlu dibuat iaitu: 
Minyak yang tesebar pada permukaan air berbentuk silinder
Molekul minyak tersebar seluas-luasnya sehingga satu molekul tebal di permukaan air
Satu molekul minyak berbentuk sfera.

10. Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat dilihat apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang tidak dapat dilihat.

11. Resapan gas ialah pergerakan zarah-zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara. Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak.

12. (Perubahan keadaan jirim) ialah proses perubahan(keadaan jirim) kepada (keadaan jirim) pada suhu dan tekanan tertentu.

13. Takat lebur ialah suhu tetap di mana pepejal berubah manjadi cecair pada tekanan tetap. 

14. Takat didih ialah suhu tetap di mana cecair berubah menjadi gas pada tekanan tertentu.

15. Semasa peleburan dan pendidihan, suhu menjadi tetap kerana tenaga haba yang dibekalkan digunakan untuk mengatasi / memutuskan ikatan antara zarah-zarah.

16. semasa pembekuan dan kondensasi, suhu menjadi tetap kerana tenaga telah dibebaskan apabila ikatan antara zarah-zarah terbentuk untuk mengantikan tenaga yang hilang ke sekeliling.

17. D       --- dalton          →  menemui atom
      r         --- rutherford   →  menemui proton
      Can    --- chadwick    →  menemui neutron
      Tik     --- thompson   →  menemui  elektron 
      Baik   ---bohrs           → menemui petala

18. No. atom / no. proton ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus sesuatu atom. 

19. No. jisim / no. nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalan nukleus sesuatu atom.

20. Isotop ialah atom-atom berbeza bagi sesuatu unsur yang sama yang mempunyai nombor proton yang sama ttp no nukleon yang berbeza.

21. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama tetapi sifat fizik yang berlainan kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama.

22. Kegunaan isotop : 
Kobalt-60 --- membunuh sel-sel kanser
Iodin-131 ---merawat penyakit tiroid
Plutonium-238 --- bateri nuklear
Fosforus-32 dan strotium-90 --- merawat kanser kulit
Natrium-24 ---mengesan kebocaran paip bawah tanah dan pengealiran darah.

23. Elektron valens ialah elektron yang terletak pada petala terluar sesuatu atom unsur itu.

24. Kala mewakil petala manakala bilangan elektron valens mewakili kedudukan kumpulan.
* cara untuk menghafal 20 unsur pertama: 
H He  --- He Na   ---   Naza
Li   --- Like Mg   ---  Magnufacturers
Be  --- Become Al    ---  All
B    --- Big Si     ---  Simply
C    --- Car P      ---  Pick
N   --- Not S      ---  Some
O   --- Of Cl    ---  Classic
F    --- Ferrari Ar    ---  Artistic
Ne --- Neon Ca    ---  Cars



4 comments:

Tq cg

Thursday, February 28, 2019 comment-delete

tq tc .

Sunday, September 06, 2020 comment-delete

Thanks cg

Monday, February 15, 2021 comment-delete

Ini sangat membantu saya ... terima kasih atas info ini ... <3 ^w^

Thursday, April 06, 2023 comment-delete