BAB 13 BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA


1. Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak

2. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang mempunyai 12–18 atom carbon per molekul.

3. Formula am bagi sabun ialah RCOO(-)Na(+) / RCOO(-)K(+).

4. Proses saponifikasi ialah proses menyediaan sabun.

5. Sabun dapat dihasilkan dgn mendidihkan satu campuran lemak / minyak sayuran dengan larutan alkali pekat(Na / K)

6. Dalam proses ini, ester asid lemak akan dihidrolisiskan dalam larutan beralkali kepada asid lemak dan gliserol.(natrium klorida juga ditambah untuk utk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air)

7. Asid lemak akan berpadu dengan ion Na / ion K untuk membentuk garam asid lemak iaitu sabun dan gliserol ialah bahan sampingan.

8. Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun akan terion untuk membentuk ion natrium dan ion sabun.

9. Ion palmitat(sabun) mempunyai bahagian hidrokarbon berantai panjang yang bersifat hidrofobik dan bahagian berion yang hidrofilik.

10. Sabun juga berfungsi untuk mengurangkan tegangan permukaan air bagi membantu membasahi permukaan

11. Gris yang ditanggalkan oleh sabun bercas negatif dan saling menolak. Jadi, titisan gris tdk dapat bergabung dan diapungkan oleh buih yang dibentuk oleh sabun.

12. Detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik yang mempunyai 12–18 atom karbon.


13. Terdapat dua jenis detergen iaitu garam natrium alkil sulfat dan garam natrium alkil benzena sulfonat.

14. Penghasilan garam natrium alkilbenzena sulfonat:
Pengalkilan : alkena + benzena → alkilbenzena
Pensulfonan : alkilbenzena + asid sulfurik pekat → asid alkilbenzena sulfonik.
Peneutralan : asid alkilbenzena sulfonik + natrium hidroksida → garam natrium 
                                                                                                       alkilbenzena sulfonat

15. Penghasilan garam natrium alkil sulfat:
Pensulfonan : alkohol alifatik + asid sulfurik pekat → asid alkil sulfonik
Peneutralan : asid alkil sulfonik + NaOH → garam natrium alkil sulfat

16. Tindakan pencucian detergen sama dengan sabun. Detergen akan terion kpd ion dedokanil sulfat / ion 4–dedokanilbenzena sulfonat  dan ion Natrium. 

17. Bahan tambah detergen :


18. Kelebihan dan kelemahan sabun dan detergen:


19. Bahan yang terbiodegradasi ialah sebatian kompleks yg dpt diurai dan direputkan kepada bahan yang lebih ringkas oleh bakteria di alam sekitar.

22. Air liat mengandungi ion Kalsium dan ion Magnesium yang akan bergabung dgn ion sabun utk membentuk kekat iaitu pepejal putih. Kekat akan melekat pada kain dan sukar utk ditanggalkan. Dalam detergen, Ca dan Mg juga akan berpadu dgn ion detergen ttp sebatian ion ini adalah larut dalam air.

23. Pengawet merupakan bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat dalam makanan dan membuat makanan tahan lebih lama.

24.


25. Antipengoksidaan ialah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan berminyak utk mencegah minyak dalam makanan dioksidakana oleh oksigen di udara. Contoh antipengoksidaan ialah asid (askorbik,sitrik) & askobil palmitat & isopropil sitrat.

26. Perisa ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk memberi atau meningkatkan rasa makanan.

27. 


28. Penstabil ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk membantu air dan minyak dalam makanan bercampur dgn sebati dan kekal dalam keadaan emulsi sepanjang masa.
*gam acacia dan agar-agar

29. Pemekat ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk mengubah struktur asal bahan makanan kepada sesuatu yang mempunyai tekstur yang halus dan licin
*pektin

30. Pewarna ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk memberikan warna tertentu kepada makanan.
*tartrazina–kuning ; brilliant blue FCF–biru ; sebatian azo–kuning merah perang hitam; sebatian trifenil–hijau biru lembayung

31. Kesan bahan tambah makanan terhadap kesihatan:

32. Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada bahan semula jadi dan tidak diproses melalui tindak balas kimia.

33. kegunaan ubat tradisional:

34. Ubat moden dapat disediakan menyediakan sebatian kimia yang mempunyai struktur yang hampir sama atau sama dgn struktur molekul bahan aktif dalam ubat tradisional tertentu.

35. Analgesik ialah ubat yang dapat menghilangkan kesakitan walaupun pesakit masih berada dalam keadaan sedar.
Aspirin(asid asetil salisilik) disediakan daripada asid salisilik. Dpt meredakan sakit, demam, artritis dan mencegah sakit jantung. Merupakan kump asid dan tidak boleh dimbil oleh pesakit gastrik.
Parasetamol untuk meredakan sakit kepala dan demam. Dapat menggantikan aspirin.
Kodeina untuk ubat sakit kepala dan ubat batuk.

36. Antibiotik ialah satu kumpulan ubat yang digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan dapat diperoleh daripada mikroorganisma.
Penisilin diperoleh daripada penisilium notatum dan digunakan untuk merawat penyakit gonorea,sifilis,antraks,pneumonia dan meningtis.
Streptomisin digunakan unutk merawat penyakit batuk kering, jangkitan urinari, penyakit tibi, pneumonia dan disentri.

47. Ubat psikoteraputik ialah ubat yang digunakan utk merawat penyakit psikoteraputik. Terbahagi kpd stimulant, antidepresan dan antipsikotik.

48. Stimulant ialah ubat yang digunakan untuk menambahkan kegiatan otakdan badan pesakit psikiatrik utk menambahkan keyakinan dan kecergasan pesakit.

49. Antidepersan ialah ubat yang digunakan utk mengawal keadaan kemasygulan (depresen) pasakit.
Barbiturat–ubat tidur ; bersifat sedatif / hipnotik
Trankuilizer –ubat penenang ; menghilangkan rasa resah,cemas dan menenangkan fikiran

49. Antipsikotik merupakan ubat yang digunakan utk merawat gejala-gejala penyakit skizofrenia. 

50. Skizofrenia ialah penyakit mental yang mengganggu kebolehan seseorang utk menginterpretasikan realiti dgn betul.

51. Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis. Hormon berfungsi utk mengarahkan sel-sel di organ menjalankan fungsinya.
Hormon insulin diambil oleh pesakit diabetes melitus.

52. Steroid ialah sebatian lipid semula jadi
Steroid anabolik : berfungsi membantu pertumbuhan dan pembinaan tisu, mencegah kehilangan otot pesakit.
Kortikosteroid : cth ialah kortison dan predison ; bersifat antiinflamasi utk merawat penyakit spt asma, artritis reumatoid, kebengkakan,kesakitan dan kekejangan sendi-sendi tulang.

53. Kesan sampingan ubat:

3 comments:

THANK U

Tuesday, November 29, 2016 comment-delete

Very helpful...Thanks Very much cikgu shu.Terbaikk!!!

Friday, June 09, 2017 comment-delete

Your Affiliate Money Making Machine is ready -

And earning money online using it is as easy as 1, 2, 3!

Here's how it all works...

STEP 1. Choose affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (this ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. See how the system grow your list and upsell your affiliate products all on it's own!

Are you ready to make money automatically?

Click here to start running the system

Thursday, March 05, 2020 comment-delete