BAB 6 ELEKTROLISIS


1. Bahan elektrolit ialah bahan yang dapat mengkonduksikan arus elektrik dalam keadaan leburan atau dalam keadaan larutan akueus dan mengalami perubahan kimia.

2. Bahan bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengkonduksikan arus elektrik walaupun dalam keadaan leburan ataupun larutan akueus.

3. Bahan elektrolit dapat mengkonduksikan arus elektrik kerana kehadiran ion-ion yang bebas bergerak dalam elektrolit.

4.  Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

5. Elektrod terbahagi kepada 2 jenis iaitu elektrod yang lengai dan elektrod tidak lengai. Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak bertindak balas dengan elektrolit manakala elektrod tak lengai ialah elektrod yang bertindak balas dengan elektrolit.

6. Kation ialah ion positif yang bergerak ke arah elektrod katod manakala anion ialah ion negetif yang bergerak ke arah elektrod anod.

7. Penerangan elektrolisis haruslah mgd penerangan:
Ion-ion yang hadir
Pergerakan ion-ion ke anod atau ke katod
Proses nyahcas yang berlaku di anod atau katod.

8. Bagi proses elektrolisis bahan leburan, unsur juzuk logam akan terbentuk di katod manakala unsur juzuk bukan logam akan terbentuk di anod.

9. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcaskan ialah:
Kedudukan ion dalam siri elektrokimia : ion yang berada semakin bawah di dalam SEK akan dipilih untuk dinyahcaskan
Kepekatan ion dalam suatu larutan : ion yang lebih pekat akan dipilih untuk dinyahcaskan kecuali ion 5 ahli kation teratas dan 3 ahli anion teratas.
Jenis elektrod yang digunakan : elektrod selain daripada platinium, karbon dan grafit akan bertindak balas dengan elektrolit.

10. Proses pengekstrakan logam ialah proses mengekstrakan logam-logam reaktif melalui proses elektrolisis sebatian leburannya.

11. Pengekstrakkan logam aluminium adalah daripada proses elektrolisis bijih bauksit. Kriolit (NaAlF6) akan ditambahkan untuk menurunkan takat lebur aluminium oksida.

12. Pengekstrakan logam Natrium adalah daripada proses elektrolisis leburan natrium klorida. Kalsium klorida ditambah untuk merendahkan takat lebur Natrium Klorida. Anod terdiri daripada grafit manakala katod terdiri daripada ferum.

13. Penulenan logam ialah proses menulenkan logam yang tidak tulen melalui proses elektrolisis. Logam tulen akan dijadikan katod manakala logam tidak tulen akan dijadikan anod.

14. Penyaduran logam ialah proses menyadurkan sesuatu bahan dengan suatu logam melalui proses elektrolisis. Tujuan penyaduran logam ialah untuk mengelakkan kakisan logam reaktif dan memperbaiki rupa logam tertentu.

15. Syarat yang diperlukan ialah :
Logam penyadur dijadikan anod
Bahan yang ingin disadur dijadikan katod
Elektrolit harus mempunyai ion logam penyadur.

16. Sel kimia ialah sel yang menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Syarat yang perlu dipenuhi oleh sel kimia ialah:
Mencelupkan dua keping logam yang berlainan dalam suatu elektrolit
Menyambungkan dua keping logam itu melalui luar pada sebuah mentol,voltmeter / galvonometer.

17. Sel Daniell mempunyai titian garam(kalium klorida / kalium nitrat) atau pasu berliang yang berfungsi untuk membenarkan anion-anion sahaja mengalir melaluinya untuk melengkapkan litar dan mengelakkan kedua-dua elektrolit bercampur.

18.

19. Siri elektrokimia ialah satu siri susunan logam-logam mengikut tertib kecenderungan logam mengion. Dapat dibina melalui perbezaan voltan dan kebolehan logam menyesarkan logam yang lain.

20.  Pembinaan SEK melalui perbezaan voltan:
Semakin jauh kedudukan dua logam dalam SEK semakin besar nilai voltan
Logam yg lebih cenderung mengion menjadi terminal (-) manakala satu lagi manjadi terminal(+)

21.  Pembinaan SEK melalui kebolehan menyesarkan logam yang lain:
Logam yang berada lebih atas adalah lebih cenderung untuk menyesarkan logam lain di bawahnya daripada larutan garam logam itu.
Tindak balas yang berlaku juga dikenali sebagai tindak balas penyesaran.

22.  Siri elektrokimia ini penting untuk menentukan terminal sel, voltan sel dan kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.

2 comments:

Assalam cikgu. Terime kasih bnyk2. Sgt membantu. Doakn sye spm 2017 straight A+. May Allah bless u teacher.

Saturday, March 25, 2017 comment-delete

terima kasih dan sgt2 membantu doakan saya spm 2022 straight A+

Wednesday, November 09, 2022 comment-delete