1. Kadar tindak balas ialah sukatan
perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam satu unit masa.
2. Kadar tindak balas berkadar songsang
dengan masa tindak balas.
3. Kadar tindak balas yang tinggi mengambil
masa yang singkat untuk selesai bertindak balas. Begitu juga sebaliknya.
4. Kadar tindak balas purata ialah purata
kadar tindak balas yang berlaku dalam satu tempoh masa tertentu.
5. Kadar tindak balas pada masa tertentu
ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku pada masa tersebut.
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar
tindak balas:
- Jumlah
luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi kadar
tindak balas.
→bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang
terdedah kpd tindak balas yg lebih besar. Jadi peluang utk pelanggaran
bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah. Hal ini juga akan menambahkan
bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul. Lantas, frekuensi
pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun
bertambah.
- Kepekatan
: semakin tinggi kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas.
→pertambahan kepekatan bahan tindak balas
bermakna bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran
akan bertambah. Oleh itu, zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan
lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah. Orientasi pelanggaran yang betul
juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran berkesan juga bertambah. Hal ini
meninggikan kadar tindak balas.
- Suhu →
semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas
→suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga
kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh itu, zarah bahan tindak balas bergerak
dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran bertambah. Maka, frekuensi
perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang dipunyai zarah oleh zarah
bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat. Oleh itu, lebih
banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk menghasilkan perlanggaran
berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan meninggikan kadar tndak
balas.
- Mangkin
→ kehadiran mangkin positif akan meningkatkan kadar tindak balas.
→kehadiran mangkin positif membekalkan suatu
lintasa alternatif bagi tindak balas berlaku. Lintasan alternatif ini mempunyai
tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Oleh itu, bilangan zarah yang
mempunyaibahan tindak balas yang mempunyai tanaga pengaktifan yang lebih rendah
ini adalah lebih banyak. Maka,frekuensi perlanggaran berkesan bertambah. Hal
ini meninggikan kadar tindak balas.
- Tekanan
→ tekanan yang semakin tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.
→pertambahan tekanan campuran bahan tindak
balas bermakna pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu
campuran tindak balas. Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas
adalah sama seperti pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini
menambahkan bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan tindak
balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran
berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.
7. Mangkin ialah bahan yang mengubah kadar
sesuatu tindak balas dan tmangkin tidak akan mengalami sebarang perubahan kimia
pada akhir tindak balas.
8. Mangkin bersifat:
→tidak berubah dari segi kuantiti dan
komposis kimia
→tindakan mangkin adalah khusus
→mangkin hanya diperlukan dalam kuantiti yang
kecil
→tidak mengubah kuanti hasil tindak balas.
→menyediakan satu jalan alternatif yang
mempunyai tenaga pengaktifan yang rendah.
9. Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran
yang menghasilkan tindak balas dengan mencapai tenaga minimum yang mencukupi
dan orientasi pelanggaran yang betul
10. Tenaga pengaktifan ialah tenaga yang
mesti dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggar. Tenaga ini
mesti diatasi oleh bahan-bahan tindak balas yang berlanggar supaya tindak balas
dapat berlaku untuk memberikan hasil tindak balas.
11. Frekuensi pelanggaran berkesan ialah
bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku dalam sesaat.
0 comments:
Post a Comment