DRAWSTRING BACKPACK
RM29 per pcs!

New design!
18 x 15 inch

Whatsapp 017 5135532



Untuk memuat turun nota kimia sepenuhnya,

Anda dikehendaki membeli nota tersebut sejumlah RM10 sebagai tanda sokongan. Format nota softcopy (PDF) akan dipos (percuma kos penghantaran) kepada anda dalam bentuk CD ATAU hardcopy.

Sila MAKLUMKAN jika anda ingin dalam format hardcopy.

Cara-cara membeli nota kimia:

Bank Transfer
Nama Bank: Maybank
Nama Akaun: Nurshuhada Nordin

Nombor Akaun: Untuk no. akaun sila dapatkan dengan email ke nurshuhadanordin@gmail.com 
Selepas pembayaran, sila isi butiran slip Bank Transfer seperti yang diminta dengan pergi ke 
http://notacikgushu.blogspot.com/2015/04/borang-pengesahan-bank-transfer.html untuk melengkapkan proses transaksi. Anda akan menemui butiran yang diperlukan dalam slip Bank Transfer daripada mesin ATM / CDM atau pada skrin pengesahan atas talian selepas pembayaran.
Selepas membuat pesanan anda, anda mempunyai 24 jam untuk membuat bayaran dan memuat naik butiran slip Bank Transfer anda untuk mengelakkan pesanan anda dibatalkan.


Terima kasih atas sokongan anda!
Apabila anda sudah melakukan Bank Transfer sila kemukan bukti pembayaran disini supaya kami dapat proses pembelian anda secepat mungkin.


2. STRUKTUR ATOM
3. FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
4. JADUAL BERKALA UNSUR
5. IKATAN KIMIA
6. ELEKTROLISIS
7. ASID BES DAN GARAM
8. BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

9. KADAR TINDAK BALAS
10. SEBATIAN KARBON
11. PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN
12. TERMOKIMIA
13. BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA

Untuk memuat turun nota kimia sepenuhnya, anda dikehendaki membeli nota tersebut sejumlah RM10 sebagai tanda sokongan. Format nota softcopy (PDF) akan dipos kepada anda dalam bentuk CD ATAU hardcopy. Kos penghantaran adalah percuma.

Untuk melihat preview nota

sila layari: http://notacikgushu.blogspot.com/2015/04/nota-kimia-preview.html


1. Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak

2. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang mempunyai 12–18 atom carbon per molekul.


1. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran.


2. Tindak balas endotermik ialah tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran.


1. Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan proses penurunan yang berlaku secara serentak.

2. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami penambahan oksigen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami pengurangan oksigen.


1. Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi juzuk unsur karbon.

2. Sebatian organik ialah sebatian yang sumber aslinya ialah organisma dan mempunyai satu atau lebih atom karbon sebagai juzuk utamanya.

3. Sebatian tak organik ialah sebatian yang tidak tergolong dalam kumpulan sebatian organik.


1. Kadar tindak balas ialah sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam satu unit masa.

2. Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa tindak balas.

3. Kadar tindak balas yang tinggi mengambil masa yang singkat untuk selesai bertindak balas. Begitu juga sebaliknya.

4. Kadar tindak balas purata ialah purata kadar tindak balas yang berlaku dalam satu tempoh masa tertentu.

5. Kadar tindak balas pada masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku pada masa tersebut.

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:
  • Jumlah luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi kadar tindak balas.
→bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang terdedah kpd tindak balas yg lebih besar. Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah. Hal ini juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul. Lantas, frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun bertambah.

  • Kepekatan : semakin tinggi kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas.
→pertambahan kepekatan bahan tindak balas bermakna bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran akan bertambah. Oleh itu, zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah. Orientasi pelanggaran yang betul juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran berkesan juga bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

  • Suhu → semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas
→suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh itu, zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran bertambah. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang dipunyai zarah oleh zarah bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat. Oleh itu, lebih banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk menghasilkan perlanggaran berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan meninggikan kadar tndak balas.

  • Mangkin → kehadiran mangkin positif akan meningkatkan kadar tindak balas.
→kehadiran mangkin positif membekalkan suatu lintasa alternatif bagi tindak balas berlaku. Lintasan alternatif ini mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Oleh itu, bilangan zarah yang mempunyaibahan tindak balas yang mempunyai tanaga pengaktifan yang lebih rendah ini adalah lebih banyak. Maka,frekuensi perlanggaran berkesan bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

  • Tekanan → tekanan yang semakin tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.
→pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas. Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu  campuran tindak balas. Zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.

7. Mangkin ialah bahan yang mengubah kadar sesuatu tindak balas dan tmangkin tidak akan mengalami sebarang perubahan kimia pada akhir tindak balas.

8. Mangkin bersifat:
→tidak berubah dari segi kuantiti dan komposis kimia
→tindakan mangkin adalah khusus
→mangkin hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil
→tidak mengubah kuanti hasil tindak balas.
→menyediakan satu jalan alternatif yang mempunyai tenaga pengaktifan yang rendah.


9. Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran yang menghasilkan tindak balas dengan mencapai tenaga minimum yang mencukupi dan orientasi pelanggaran yang betul

10. Tenaga pengaktifan ialah tenaga yang mesti dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggar. Tenaga ini mesti diatasi oleh bahan-bahan tindak balas yang berlanggar supaya tindak balas dapat berlaku untuk memberikan hasil tindak balas.

11. Frekuensi pelanggaran berkesan ialah bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku dalam sesaat.


1. Proses Sentuh ialah proses yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik.

  • Keadaan yang diperlukan ialah suhu(400→500°C), tekanan(1 atm)dan mangkin Vanadium(V)oksida / Platinium.
    Proses:
1.       S + O2 → SO2
2.       SO2 + O2 ←→ SO3
3.       SO3 + H2SO4 → H2S2O7(oleum)
4.       H2S2O7 + H2O → H2SO4 + banyak haba

2. Proses Ostwald ialah proses yang menghasilkan asid nitrik.
  • Keadaan yang diperlukan ialah mangkin platinium.
  • Proses:

1.       4NH3 + 5O2 ←→ 4NO + 6H2O
2.       2NO + O2 ←→ 2NO2
3.       4NO2 + O2 + 2H2O  → 4HNO3

3. Proses Haber ialah proses yang menghasilkan ammonia:
  •  Keadaan yang diperlukan ialah suhu(450°C), tekanan(200atm)dan mangkin(besi)
  •  Proses: N2 + 3H2 ←→ 2NH3


4. Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang tertentu di mana unsur utamanya ialah logam.

5. kehadiran atom asing pd aloi mengganggu susunan teratur bagi atom logam tulen dan mengelakkan atom-atom logamtulen daripada bergelongsor.

6. Tujuan pengaloian ialah:
→ menambahkan kekuatan dan kekerasan logan tulen
→ mencegah kakisan logam
→ membaiki rupa logam

7.


8. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan beberapa unit kesil yg dikenali sebagai monomer.


9. Polimer semula jadi ialah polimer yang terdapat dalam benda hidupspt kanji dan protein. Plomer sintetik ialah polimer buatan manusia spt plastik dan getah sintetik.

10.

*Nilon ialah polimer sintetik dgn poliamida yang dihasilkan daripada diamina dan diasid.
*Poliester→polimer sintetil dgn kump polimer yg dihasikan drpd diol dan diasid
*Getah Sintetik→kump polimer sintetik yg menyerupai getah asli

11. Kaca Fotokromik juga dikenali sbg kaca berbalik. Merupakan kaca yang menunjukkan perubahan warna apabila dikenakan cahaya.

12. Kaca Mengkonduksikan ialah kaca yang dapat mengalirkan arus elektrik. Terhasil dgn menambahkan ITO(Indium Stanum Oxide)

13. Penggunaan seramik ialah untuk membuat:
Bahan binaan krn sifatnya yang keras, tahan haba dan tahan tekanan.
Barangan hiasan krn sifatnya yang lengai, tahan karat dan tahan lama
Penebat elektrik 
Semi konduktor dan dapat menyimpan cas
Bidang perubatan iaitu membuat anggota badan yang palsu.

14. Super konduktor ialah bahan konduktor elektrik yang hampir tidak mempunyai ringtangan elektrik. Seramik ini dikenali sebagai perovskite dan hanya berfungsi sebagai super konduktor pd suhu -196.

15. Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis bahan yang digabungkan dengan bahan lainuntuk menghasilkan bahan baru yang menyatukan kelebihan kedua-dua bahan asal.